Wednesday, August 8, 2018

NOVEL : PEARL, THE LAST WARRIOR OF SEF (BAB 7)

NOVEL : PEARL, THE LAST WARRIOR OF SEF

Bab 7 - Muzik Yang Menyakitkan


Kelihatan pahlawan-pahlawan sedang berlawan dengan babun-babun. 

Mereka berjaya mengalahkan semua babun tersebut. 

Pada malam itu, mereka tidur mengelilingi unggun api. 

Pearl tidak dapat tidur lalu dia berjalan menuju ke sungai. 

Pearl memandang air sungai tersebut lalu dia mencangkung. 

Pearl teringat peristiwa apabila mereka diserang. 

“Kenapa saya asyik dilindungi? Kenapa saya tiada kuasa untuk berlawan? Kenapa saya ni lemah sangat” kata Pearl bersendirian. 


“Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Orang di sekeliling kita yang akan melengkapi kita, sebab kita saling melengkapi,” 


Pearl teringat buku usang yang dipinjamnya di perpustakaan. 

Tiba-tiba Pearl terdengar bunyi desiran udara lantas dia terus berdiri. Dia ternampak bayang orang di seberang sungai. 

“Siapa tu?!” tanya Pearl. 

Bunyi gitar kedengaran. Pearl mengalihkan pandangan ke belakang sebelum menoleh semula pada bayang orang itu. 

Terkejut Pearl apabila bayang orang tersebut sudah hilang. Pearl masuk ke dalam hutan untuk mencari punca bunyi gitar yang menyakitkan telinganya itu. 

“Hah?!” terkejut Pearl apabila dia ternampak pahlawan-pahlawan sedang berlawan antara satu sama lain. 

“Berhenti! Kenapa korang berlawan ni?!” suara ketawa kedengaran dari atas pokok. Kelihatan dua orang berambut panjang paras bahu sedang bermain gitar. 

“Siapa korang, hah?! Apa yang dah korang lakukan pada mereka?!” geram Pearl. 

“Hahaha. Kami, Hilman dan Hilmi, kembar yang paling digeruni. Kami hanya nak ‘menyatukan’ mereka saja,” lalu mereka main gitar mereka. 

“Hati-hati!” jerit Fitri pada Pearl. 

Tanah yang dipijak Pearl mula bergegar. Pearl sempat mengelak serangan Danial dari bawah tanah. 

Pearl terduduk apabila Danial masuk semula ke bawah tanah kerana tidak stabil akibat gegaran yang kuat. 

Pearl memandang pahlawan-pahlawannya. Ali dan Berahim sedang bertarung, Charlie dan Fitri sedang berlawan. Wajah mereka kelihatan penat dan enggan untuk bertarung satu sama lain. 

Tiba-tiba Danial muncul lagi. 

Terkejut Pearl namun dia berjaya mengelak serangan itu. Sambil mengelak, Pearl memikirkan cara untuk menghentikan mereka. 

“Ah!” Pearl tersungkur akibat tersadung pada akar pokok. 

“Pearl!” risau pahlawan-pahlawannya. 

“Hahahaha,” gembira Hilman dan Hilmi. 

Mereka terhenti gelak apabila pipi mereka tercalar. 

“Darah?” pelik mereka. 

“Hentikan perbuatan korang sekarang,” 

Pearl memberi amaran selepas membaling ranting pokok sehingga pipi mereka berdarah. 

“Berani kau merosakkan muka kami!!” naik angin kembar itu lalu memainkan bunyi gitar yang sangat menyakitkan telinga. 

“Serang perempuan tu sekarang!” pahlawan-pahlawan tersebut cuba mengawal diri namun gagal. 

Ketika mereka hendak menyerang Pearl, tiba-tiba mereka rebah. 

Fitri berubah menjadi kancil manakala Ethan menjadi manusia. 

“Apa dah jadi? Apa yang kau dah lakukan pada mereka?” terkejut Hilman dan Hilmi. 

Pearl mengambil kesempatan lalu merampas gitar dan mikrofon Hilman dan Hilmi. 

“Kau! Huh?” terbeliak mata mereka apabila pokok yang mereka duduk bergegar akibat tanah yang dikorek oleh Danial semasa Danial hilang kawalan. 

Kembar tersebut terjatuh ke dalam lubang yang besar. 

Nasib baik sempat Pearl memegang tangan mereka berdua. 

“Jangan lepaskan tangan saya. Pegang kuat-kuat!” 

Pearl berusaha untuk menarik mereka keluar namun dia pula tertarik ke dalam lubang. 

Kembar tersebut saling berpandangan lalu melompat keluar daripada lubang tersebut. 

“Ahh..tolong saya..,” pinta Pearl apabila dia pula hampir terjatuh.



*******


“Fuh..nasib baik tak jatuh tadi,” lega Pearl. 

“Terima kasih Hilman dan Hilmi sebab selamatkan Pearl tadi,” tersenyum Pearl. 

“Kau masih boleh senyum lagi selepas apa yang telah kami lakukan tadi terhadap kau dan kawan-kawan kau?” pelik Hilmi. 

Pearl tersenyum lalu memegang luka pada pipi mereka berdua. 

“Saya tahu yang kamu berdua baik orangnya. Jadi, buat apa saya nak benci kat korang. Lagipun, saya dapat rasakan yang korang berdua dalam kesunyian,” tiba-tiba mata Hilman bertukar menjadi warna pink cair manakala mata Hilmi berwarna pink pekat. 

Luka pada pipi mereka sembuh menggunakan kuasa Pearl. 

“Pahlawan?” terkejut Pearl. 

“Mak,” mereka terus menangis di pangkuan Pearl. 

“Sejak kecil lagi kami terpisah dengan mak kerana kami diculik,” 

“Kami rindu mak,” Pearl memujuk mereka.



Tidak lama kemudian, semua pahlawan itu sedang tidur. 

Pearl duduk sambil tersenyum memandang pahlawan-pahlawan tersebut. 

“Boleh saya duduk?” kedengaran suara perempuan tua menegur Pearl. 

“Oh makcik. Jemputlah duduk. Kenapa tiba-tiba guna badan Charlie lagi ni?” tanya Pearl. 

“Makcik nak ucapkan terima kasih kepada Pearl sebab menerima kembar ni. Sebenarnya, merekalah anak-anak makcik,” 

“Ye ke? Patutlah rasa macam ada kaitan je dengan Pearl. Makcik jangan risau. Saya akan menjaga mereka bagi pihak makcik,” tidak lama kemudian, roh makcik hilang manakala Charlie tidur terbaring. 

“Nenek moyang Pearl, Sef, terima kasih sebab memberi kuasa baru tadi kat Pearl,” tersenyum Pearl sambil terbaring atas tanah memandang ke arah langit. 

Pearl teringat apabila dia menidurkan semua pahlawan-pahlawannya dengan menggunakan kuasa barunya.


**********************

Keesokkan harinya, Pearl terjaga kerana terdengar suara seperti orang sedang bergaduh. 

“Ada apa ni?” tanya Pearl lalu bangun. 

“Akak, macam mana musuh semalam kita boleh ada di sini?” tanya Ali. 

“Cakap korang nak apa dengan kami, hah?!” geram Charlie. 

“Berani kau kawal kami,” sokong Danial. 

“Sampai kami cederakan Pearl, orang yang telah menyelamatkan kami!” kata Ethan. 

Hilman dan Hilmi terus melutut. 

“Maafkan kami. Kami tidak bermaksud nak buat begitu,” 

“Charlie! Danial! Ethan! Kawal diri tu. Kau pun, Berahim dan Fitri,” halang Pearl. 

“Tapi Pearl..,” balas Ethan. 

“Dah dah. Mulai hari ni, Hilman dan Hilmi akan sertai kita,” 

“Tapi, kenapa?” pelik Berahim. 

“Sebab semalam mereka telah selamatkan Pearl. Masa tu korang semua dah tertidur,” jawab Pearl. 

'Sebenarnya, saya yang tidurkan mereka. Hehehe,' bisik Pearl dalam hatinya. 

“Jadi, tiada bantahan kan?” tanya Pearl. 

Semua pahlawannya hanya mendiamkan diri mereka. 

“Bagus. Jom kita sambung perjalanan kita,” arah Pearl.





<<B1       <B6    B8>       B19>>

NOVEL : PEARL, THE LAST WARRIOR OF SEF (BAB 6)

NOVEL : PEARL, THE LAST WARRIOR OF SEF

Bab 6 - Haiwan Yang Sesat


Kelihatan Pearl dan 5 pahlawannya sedang berjalan di dalam sebuah hutan. 

Langkah Pearl terhenti apabila terdengar sesuatu. 

“Kenapa berhenti, Pearl?” tanya Ethan. 

“Ada orang,” Ali terbau sesuatu. 

“Apa benda tu?” 

Berahim tunding pada sesuatu lalu mereka mengalihkan pandangan pada sesuatu itu. 

“Huh?” terkejut mereka lantas ke arah tersebut. 

Kelihatan seekor kancil berlumuran darah terbelit dengan lilitan ranting pokok. 

“Kesiannya kancil ni,” kata Danial. 

Dengan menggunakan kuasa, Pearl segera menyembuhkan kecederaan kancil itu. 

“Ranting ni susah betul nak dileraikan,” penat Berahim apabila gagal untuk melepaskan lilitan ranting pada kaki kancil itu. 

“Biar saya cuba,” lalu Ali membakar ranting itu. 

Ranting itu pun terbakar dan kancil itu pun terbebas. Kancil itu mula menggigil. 

“Mungkin dia takut,” lalu Pearl cuba menenangkannya sambil merawatnya. 

Apabila kecederaan kancil itu sudah sembuh, dia menjilat tangan Pearl. Pearl tersenyum lalu mengusap kepala kancil itu. 

“Bestnya jadi kancil,” Danial berasa iri hati. 

“Pearl, hari nak senja ni. Baik kita bergerak sekarang,” kata Charlie. 

“Baiklah. Eh?” pelik Pearl apabila kancil itu mengikutnya. 

“Awak pun nak ikut sekali ye? Jom,” lalu mereka mula berjalan. 

“Em?” Ali terasa sesuatu. 

“Ali, cepatlah. Nanti tertinggal,” panggil Berahim. 

“Ye!” lalu Ali mengekori yang lain. 

Ranting-ranting di belakang mereka mula bergerak sendiri.



***********************************


“Eh?” pelik mereka apabila cuaca tiba-tiba mendung. 

“Nak hujan ke?” pelik Ethan. 

“Baik kita cari tempat  nak berteduh. Aduh,” tiba-tiba kaki Danial tersadung pada ranting lalu jatuh. 

“Hahaha..,” geli hati yang lain. 

“Tak baik korang gelakkan dia,” 

Pearl membantu Danial bangun. 

“Aduh sakitnya…sejak bila ranting ni muncul tiba-tiba,” geram Danial. 

Tiba-tiba ranting mula menjulur laju. 

Terkejut mereka. 

Ranting itu melilit kaki kiri Ali dan menariknya ke atas. Badan Ali terbalik di udara. 

“Macam mana ranting-ranting ni boleh bergerak?” pelik Charlie. 

“Ambil kau!” 

Ali membakar ranting yang melilit pada kakinya. 

Berahim menyambut Ali daripada terjatuh. 

Ranting-ranting itu mula berang lalu menyerang mereka. 


Tanpa mereka sedari, mereka mula terpisah ketika mengelakkan diri dari serangan ranting tersebut. 

Pearl dan kancil mula berlari namun ranting tersebut mula menjulur laju. 

Tiba-tiba mereka berdua tersadung lalu terjatuh. Ranting mula menyerang mereka. 

“Jangan!” Pearl menutup matanya dengan keadaan tangannya menghadap ranting itu. 

“Eh?” terkejut Pearl apabila dia seperti dilindungi oleh satu perisai lutsinar. 

Ranting-ranting itu mengetuk-ngetuk perisai itu. 

“Kuasa baru?” tertanya-tanya Pearl. 

Tanpa Pearl sedari, sepohon pokok mendekatinya. 

“Arhh!” pokok itu terus menelan Pearl dan kancil itu. 

“Pearl!” risau pahlawan-pahlawan yang lain apabila terdengar jeritan Pearl. 

Disebabkan cemas, badan pahlawan-pahlawan itu dililit ranting dengan ketatnya. 

“Arh!” kesakitan mereka. 

Dengan mata yang terpejam, 

“Di mana saya ni? Adakah saya akan mati?” kata Pearl dalam hatinya.



“Antara saya dan kancil, siapa lagi cantik?” tanya seorang gadis pada seorang lelaki. Pearl berada dalam badan gadis itu. 

“Kancil,” ringkas jawapan lelaki itu. 

“Wuahh..kembar sendiri kalah pada seekor kancil,” menangis Pearl. 

“Haha..bergurau jelah. Apalah..dah besar panjang pun nak menangis.” gelak lelaki itu. 

“Kamu ni, suka sangat kenakan orang,” geram Pearl. 


Beberapa hari selepas itu, Pearl diculik. 

Apabila mendapat berita tentang penculikan itu, lelaki itu segera menyelamatkannya. 

Namun, lelaki itu gagal menyelamatkan kembarnya itu apabila dadanya ditikam lembing. 



Air mata Pearl mula mengalir. 

”Bangun, Pearl,” 

“Siapa?” secara perlahan-lahan, Pearl membuka matanya namun tiada sesiapa. 

“Siapa yang sedang bercakap dengan saya?” tanya Pearl. 

“Saya Shadow. Sekarang saya berada di dalam bayang awak. Saya akan menyelamatkan awak sebab awak pernah menyelamatkan saya,” badan Pearl seperti dikawal. 

Dia menarik panah yang tertacak pada badan pokok itu. 

“Arr,” kesakitan pokok itu lalu memuntahkan Pearl dari badannya. 

Pearl berjaya keluar daripada pokok itu. 

Mata pada bayang Pearl mula bertukar menjadi hijau. 

Ranting-ranting mula menyerang Pearl. 

Pearl terus menutup matanya. 

Terkejut Pearl apabila membuka matanya, dia sedang pijak ranting-ranting itu. 

Badannya menjadi ringan dan berjaya mengelak semua serangan ranting-ranting itu. Pokok tersebut mula berang. 

“Nampaknya matahari memihak pada saya,” tersenyum Shadow. 


Matahari mula terbenam. 

“Terima kasih Pearl kerana meminjamkan tubuh awak pada saya,” lalu Shadow keluar daripada bayang Pearl. 

Tergamam Pearl apabila melihat Shadow berlawan dengan pokok itu. Semasa pokok yang mengawal ranting-ranting itu terus dibelasah, tiba-tiba pokok itu berkata,” 

Nanti! Baik awak berhenti menyerang kalau awak tak nak saya cederakan rakan-rakan awak ni,” ugutnya sambil menunjukkan pahlawan-pahlawan yang diikat dengan ranting. 

“Ali! Berahim! Charlie! Danial! Ethan!” terkejut Pearl. 

Tiba-tiba ranting itu menangkap kedua-dua belah tangan dan kaki Shadow. 

“Shadow?! Lepaskan mereka!!” geram Pearl lantas mencapai panah di atas tanah lalu menikam pokok itu. 

“Tak guna!” ranting-ranting terus menyerang Pearl sampai terpelanting. 

“Argh!” kesakitan Pearl. 

Jeritan Pearl menyebabkan pahlawan-pahlawan mula naik angin. Mata masing-masing mula bertukar warna.


Berahim            : Berani kau…

Ali                    : ..buli akak…

Danial               : …dan cederakan..

Shadow             : …pada orang yang telah selamatkan kami..

Ethan                : …kami takkan..

Semua pahlawan: MAAFKAN KAU!!


Ranting-ranting yang mengikat pahlawan-pahlawan itu terus hancur. 

“Apa?!” terkejut pokok itu. 

“Hiakk,” 

“Nanti kejap..kalau korang tak nak saya apa-apakan gadis ini…eh?” pelik pokok itu apabila Pearl hilang disebabkan kuasa halimunan Ethan. 

Pokok itu terus dibelasah. 

Akhirnya, pokok itu diikat dengan rantingnya sendiri. 



Pearl membuka matanya. 

“Eh?” pelik Pearl. 

“Akak ok ke?” tanya Ali. 

“Mana pokok tu?” tanya Pearl. 

Lalu mereka menuding ke arah pokok tersebut. 

Pearl mendekati pokok itu. 

“Dia dah mati?” terkejut Pearl. 

“Dia bunuh diri sendiri. Dia kata lebih baik dia mati daripada memberitahu pada kita siapa dalang semua ni,” jelas Charlie. 


Matahari mula terbit. 

Perlahan-lahan Shadow berubah menjadi manusia. 

“Akhirnya saya masih berpeluang untuk menjadi manusia semula. Selamat berkenalan semua. Nama saya Fitri,” katanya sambil tersenyum. 

“Baguslah kita dah jumpa seorang lagi pahlawan,” Pearl berasa lega. 

Selepas itu, Pearl menyambung perjalanannya bersama-sama lima orang pahlawan.





<<B1       <B5    B7>       B19>>

NOVEL : PEARL, THE LAST WARRIOR OF SEF (BAB 5)

NOVEL : PEARL, THE LAST WARRIOR OF SEF

Bab 5 - Pearl Kahwin?!


Waktu malam menjelma lagi. Kelihatan Pearl dan 4 orang pahlawannya sedang tidur mengelilingi unggun api. 

Tanpa mereka sedari, mereka sedang diperhatikan oleh seseorang. 


“Gadis tu?” terkejut pemerhati itu lalu terus mendekati Pearl. 


Selepas lama memerhatikan wajah Pearl, akhirnya dia membuat keputusan untuk bertindak. 


“Inilah pengantin yang saya cari selama ini,” lantas pemerhati itu terus memikul Pearl pada bahu kanannya selepas mengikat mulut dan tangan Pearl menggunakan kain. 


Pearl terjaga. Terkejut dia apabila mendapati dirinya terapung di udara. 


“Halimunan?” bisiknya dalam hati. 


Orang halimunan itu mula berjalan. 


Pearl memandang pada pahlawan-pahlawannya yang sedang tidur. 


“Tolong!” bisiknya dalam hati. 


Hidung Ali mula bergerak lalu matanya terbuka. 


“Bau seseorang yang tidak dikenali,” 


Ali terus bangun dan mencari bau tersebut. 


“Hah? Akak?” terkejut Ali apabila ternampak Pearl terapung di udara sedang bergerak menjauhinya. 


“Ali, tolong saya. Saya diculik halimunan,” bisik Pearl dalam hati. 


“Halimunan? Berani kau nak culik akak! Hiakk!” 


Ali terus menyondol orang halimunan itu. Orang halimunan itu terpelanting pada pokok manakala Pearl terjatuh atas tanah. Ali terus mendekati orang halimunan itu lalu menggigit kakinya. 


“Argh!” orang halimunan itu terus menyepak Ali sehingga menyebabkan pahlawan-pahlawan yang lain terjaga. 


“Sakitnya badan ni…Ali, apasal kamu duduk atas badan saya ni,” kesakitan Berahim. 


“Akak kena culik tu!” geram Ali. 


“Apa?!” mata mereka tertumpu pada Pearl yang terbaring di atas tanah dengan mulut dan tangan diikat. 


”Mana penculiknya?” pelik Charlie. 


Pearl berjaya membuka ikatan pada mulutnya. 


“Dia ni halimunan. Hati-hati!” lantang suara Pearl. 


“Biar saya selamatkan Pearl,” lalu Danial bertukar menjadi cacing sebelum masuk ke dalam tanah. 


Charlie menggunakan kuasa hitamnya supaya mudah untuk mengesan penculik itu. 


“Di situ!” Charlie menuding ke arah orang halimunan itu. 


Ali dan Berahim terus menyerangnya. 


“Arh!” Pearl terjatuh dalam lubang yang dibuat oleh Danial. 


Pearl mendarat atas badan Danial. 


“Terima kasih Danial,” ucap Pearl. 


“Pengantin aku! Berani korang!” orang halimunan itu mula berang lalu matanya bertukar menjadi ungu. 


Ali, Berahim, Charlie dan Danial tiba-tiba menjadi lemah. 


“Apa dah berlaku ni? Danial, bangunlah,” cemas Pearl. 


Orang halimunan masuk  dalam lubang yang dibuat oleh Danial. Selepas mengambil Pearl, dia terus menghilangkan dirinya. 



Di sebuah bandar, orang halimunan itu membaringkan Pearl yang pengsan di atas sebuah katil. 


“Siapkan pengantin ni sekarang,” arahnya kepada anak-anak buahnya.



***********************

Matahari mula terbit. 

“Tak mungkin!” kertas yang dipegang Ali dironyokkannya menjadi lumat. 


“Tidakk! Pearl akan kahwin!!” jerit Berahim. 


“Berani dia culik Pearl, malah nak kahwin dengan dia!!” geram Danial. 


“Siap bagi kad jemputan kahwin. Jom kita jadikan mimpi ngeri buat dia!” kata Charlie dengan nada yang marah. 


“Jom!” sokong yang lain.



Kelihatan seorang lelaki sedang melamar seorang gadis, iaitu Pearl. 


“Mimpi lagi?” tertanya-tanya Pearl. 


“Maafkan saya, abang. Kita tidak boleh kahwin sebab…kitakan adik-beradik,” jawab Pearl. 


“Tapi, kita hanya adik-beradik susuan…bukannya adik-beradik kandung,” 


“Maaf abang. Saya hanya menganggap abang sebagai abang kandung, dan tidak lebih daripada itu,” kata-kata Pearl amat menusuk hati lelaki itu lantas lelaki itu terus berlari ke puncak gunung. 


“KENAPA KITA ADIK-BERADIK SUSUAN?! KENAPA MAK?! KENAPA!!” jerit lelaki itu. 


“Maafkan saya, abang,” tiba-tiba muncul Pearl di belakangnya. 


“Tapi, tanpa mak abang, pasti saya akan mati kelaparan. Abang janganlah marahkan mak abang lagi ye. Nanti saya lagi sedih,” lelaki itu tersenyum memandang Pearl. 


“Maafkan abang sebab bertindak kurang waras tadi. Abang janji yang abang akan menjaga dan melindungi adik kesayangan abang ini,” 


Pearl tersenyum lalu mereka menuruni bukit itu. Tiba-tiba kabus menjadi tebal menyebabkan mereka terpisah. 


“Adik!!” jerit lelaki itu. 


“Abang Ethan! Ahhh!” Pearl menjerit tiba-tiba. 



Bunyi desingan angin menyebabkan Pearl terjaga dari tidurnya. 


“Apa dah berlaku?” terkejut Pearl apabila ternampak pahlawan-pahlawannya sedang berlawan dengan konco-konco orang halimunan itu. 


“Bunuh mereka!” arah orang halimunan itu. 


“Jangan cederakan mereka!” jerit Pearl dengan tangannya terikat di belakang. 


Orang halimunan itu menoleh ke arah Pearl, 


“Pengantin saya dah bangun? Baguslah. Boleh kita sambung majlis perkahwinan kita,” katanya sambil mendirikan Pearl. 


“Tak nak! Saya bukan pengganti adik susuan kamu! Saya tidak mampu untuk menggantikan dia,” tiba-tiba mata orang halimunan itu berwarna ungu lantas dia menerkam bahu Pearl. 


“Siapa kau untuk mengetahui apa yang berlaku kat saya, hah?! Biarlah saya nak kahwin dengan adik saya sekalipun! Apa yang kau tahu, hah?!” 


“Pearl!” risau pahlawan-pahlawannya. 


“Nampaknya dia sudah hilang kawalan,” bisik Pearl dalam hatinya. 


“Lepaskan dia sekarang!” 


Danial menyepak orang halimunan itu sampai terpelanting. 


“Kamu ok ke, Pearl?” 


Danial melepaskan ikatan tangan Pearl. 


“Terima kasih Danial,” 


Pearl mula berdiri sambil membetulkan gaun pengantinnya. 


“Ethan, masihkah kamu ingat tentang perjanjian terakhir kamu dengan adik kamu? Bukankah kamu sudah berjanji untuk menjaga dan melindungi dia?” orang halimunan itu mula teringat janjinya dulu. Perlahan-lahan, dia bertukar menjadi manusia. 


“Maafkan saya, adik. Abang gagal untuk menunaikan janji abang,” dia melutut lalu menangis. 


“Ethan…” Pearl mendekati Ethan. 


Tiba-tiba bangunan tersebut mula roboh. 


“Akak, orang jahat hari tu dah datang serang kita,” jerit Ali. 


“Apa?! Macam mana ni? Mereka semua sudah penat untuk bertarung dengan konco-konco Derora,” bisik Pearl dalam hatinya. 


Pahlawan-pahlawan sudah bersedia untuk bertarung. 


“Pengikut-pengikut Ethan!” semua mata tertumpu pada Ethan. 


“Jangan bagi mereka melepasi bangunan ini,” arah Ethan. 


“Baiklah, tuan!” akur konco-konconya. 


“Kamu semua!” tunding pada pahlawan-pahlawan Pearl. 


“Ikut saya lalu pintu belakang,” kata Ethan. 


“Pearl, kita nak ikut ke kata-kata dia?” tanya Danial. 


Pearl dan Ethan bertentangan mata sebelum Pearl kembali memandang pahlawan-pahlawannya. 


“Kita ikut dia,” lalu mereka larikan diri melalui pintu belakang selepas Ethan menghalimunankan mereka. 


“Mereka sudah hampir,” cemas Ali. 


Danial terus menggali lubang. 


“Masuk dalam lubang sekarang,” akur mereka. 


Selepas Danial menutup lubang itu, Charlie mengenakan sihirnya untuk menutup bau mereka. 


Masing-masing mula menelan air liur masing-masing apabila terdengar bunyi hentakan di atas mereka. 


Salah seorang daripada orang jahat yang mempunyai sepasang mata berwarna emas berada betul-betul atas mereka sambil tersenyum sinis. 


Tidak lama kemudian, keadaan menjadi sunyi. Ali menyalakan api menggunakan tangannya. 


“Biar saya pergi check,” lalu Ethan ke atas untuk menyiasat. 


“Dia boleh tembusi tanah tu?” terkejut Berahim. 


“Kan dia tu halimunan,” kata Charlie. 


“Apa dah berlaku? Setiap kali saya bertemu dengan pahlawan, pasti saya tergambar peristiwa silam mereka. Adakah saya dapat mengetahui masa lepas?” fikir Pearl. 


“Pearl..Pearl!” 


Pearl tersedar daripada lamunannya apabila Charlie bercakap dengan nada yang tinggi. 


“Kamu ok ke, Pearl?” tanya Berahim. 


“Saya ok. Mereka dah pergi ke?” 


“Mereka dah pergi,” jawab Ethan. 


“Kita cari tempat untuk berteduh malam ni. Esok pagi kita sambung perjalanan kita,” kata Pearl. 


“Dia ni ikut sekali ke?” tanya Danial dengan menunding jarinya pada Ethan. 


“Ethan akan ikut kita, sebab dia juga seorang pahlawan,” jawab Pearl. 


“Kalau kau apa-apakan Pearl lagi, kena kau,” pesan Danial. 


“Saya berjanji yang saya akan menjaga dan melindungi Pearl dengan kuasa yang diberikan ni,” sumpah Ethan. 



Sebelum bertolak, Ethan memeriksa kawasan jajahannya. Ethan sangat terkejut apabila melihat mayat konco-konconya. Ethan mula teringat saat mereka bersama-sama. 


Charlie memegang bahu kanan Ethan manakala Danial memegang bahu kiri Ethan. 


“Kami faham apa yang kamu telah lalui selama ini, Ethan,” kata Berahim. 


“Kami telah mengorek lubang kubur untuk mereka. Pearl kata, selepas selesai mengebumikan mereka, baru kita bertolak,” ujar Ali. 


Ethan mengesat air matanya lalu menganggukkan kepalanya.



**************

“Alhamdulillah, selesai juga,” kata Danial sambil mengesat peluhnya. 


“Terima kasih semua,” senyum Ethan. 


Yang lain turut tersenyum. 


“Baiklah, mari kita bertolak sekarang sebelum matahari terbenam,” kata Pearl lalu mereka mula bergerak.







<<B1       <B4    B6>       B19>>