Sunday, October 14, 2018

CERPEN : SEE YOU AGAIN

CERPEN : SEE YOU AGAIN

SINOPSIS


Keluarga Yoshino sering berpindah-randah disebabkan oleh penukaran kerja ibu bapanya. Dia akhirnya mendapat sahabatnya yang pertama, tetapi terpaksa berpindah lagi. Sebelum dia pergi, dia berjanji untuk kembali dan melawat gadis itu, sebelum gadis itu berkahwin.



BAB 1

Seorang jejaka sedang memegang kapal terbang kertas sambil berjalan di pejalan kaki bersebelahan dengan jalan raya yang banyak kereta.

‘Ketika itu, telefon bimbit masih belum wujud, saat di mana saya berjumpa dengan seorang gadis yang disayangi dan tidak dapat melupakannya,’

Jejaka itu ternampak seorang wanita yang sarat mengandung sedang memegang beg kertasnya yang penuh dengan buah-buahan. Namun, sebiji buahnya terjatuh dari beg kertas itu.

“Alamak!” mengeluh wanita itu apabila sukar untuknya menunduk mengambil buahnya itu.

Jejaka itu mengambil buah itu dan memberikannya pada wanita itu.

“Nah, ini puan punya. Ia sangat bahaya jadi sila berhati-hati,” senyum jejaka itu.

“Oh, terima kasih,” ucap wanita itu.

‘Saya akan bertemu dengannya. Saya rasa bertemu dengan awak adalah satu keajaiban,’ senyum lelaki itu sambil teringat kisah silamnya.




Di dalam sebuah kelas di sekolah menengah kebangsaan,

“Yoshino, semalam awak mendekati seorang wanita di depan stesen kereta api, kan? Sangat menjijikkan,” kata Ayano.

“Menjijikkan?” terkejut Yoshino.

“Jika awak tengok betul-betul, wanita itu sebenarnya mengandung,” sambung Ayano.

“Yeah yeah, semestinya dia mengandung,” balas Yoshino.

“Jika awak yang mengandung, semestinya saya akan membantu awak juga, hanya sebab saya kesiankan dengan anak awak je,” sambung Yoshino.

“Apa awak cakap?!” Ayano terus menekan dada Yoshino yang sedang duduk di atas kerusi menyebabkan kepalanya boleh melihat di belakangnya secara terbalik.

“Whoa! Saya dapat lihat awak berdua akan begini sampai akhir hayat nanti,” tegur salah seorang pelajar lelaki di dalam kelas itu.

“Adakah pergaduhan hari ini merupakan hadiah perpisahan? Yoshino, selamat berjaya untuk perpindahan awak nanti,”  kata salah seorang dari rakan sekelas mereka.

“Terima kasih,” lambai Yoshino walaupun dirinya masih ditekan oleh Ayano. Kedua-dua rakan sekelas mereka itu mula beredar.

“Betul ke awak akan berpindah?” tanya Ayano.

“Betul. Saya akan berpindah,” jawab Yoshino.

Mereka saling berpandangan.

“Kenapa awak tidak beritahu alamat baru awak?” soal Ayano lagi.

“Sebab berpindah ni sangat rumit. Berpindah ni tidak semestinya berjalan lancar dan kadang-kala mengambil masa sebulan baru dapat tahu rumah sebenar kami,” jawab Yoshino.

‘Berada di dalam bandar yang sama selama setahun, ianya hanyalah permulaan bagi pengakhiran,’ bisik Yoshino dalam hatinya.

Ayano semakin kuat menekan dada Yoshino.

“Argh!” menjerit Yoshino.

Ayano melepaskan tangannya dari dada Yoshino.

“Tidak dapat berjumpa dengan awak sangat sukar bagi saya,” perlahan suara Yoshino yang sedang menunduk memandang lantai.

Mata Ayano mula berair.

‘Saya pasti mengingati awak akan menyebabkan saya semakin sedih. Ini adalah kali pertama saya merasai perasaan ini,’

‘Adakah ini dikatakan persahabatan?’


******************

Kembali ke masa pertemuan pertama mereka, Yoshino duduk bersebelahan dengan Ayano.

“Yoshino kan nama awak? Adakah awak selalu berpindah-randah?” tanya Ayano.

“Ye,” jawab Yoshino.

‘Gadis yang duduk di sebelah saya ni, nama dia Ayano, kan?’ fikir Yoshino.

“Seronoknya,” teruja Ayano.

“Huh?” pelik Yoshino dengan reaksi Ayano.

“Adakah awak pernah tinggal dekat laut? Adakah awak pernah tinggal di luar negara? Ibu bapa saya kata mereka suka bandar ni. Jadi, mereka takkan berpindah dari sini. Saya pun suka bandar ni juga, tetapi berbanding dengan saya, awak mesti telah melihat pelbagai tempat dan berjumpa dengan ramai orang. Ia sangat menakjubkan. Saya cemburu dengan awak,” senyum lebar Ayano.

‘Selalunya, orang kata berpindah ini sangat merumitkan. Jadi, ini kali pertama seseorang berkata begitu pada saya. Saya sudah jumpa ramai orang dan inilah kali pertama saya jumpa seseorang yang ingin saya dekati,’ merah muka Yoshino.

“Boleh awak ceritakan pengalaman awak pada saya?” tanya Ayano.


**********************************

‘Tetapi, saya menjadi pelajar pertukaran sejak bertahun-tahun lamanya menyebabkan saya kurang kenalan dan banyak sebab kenapa saya kurang kawan. Saya seharusnya berputus asa dalam mencari persahabatan,’

Yoshino mula berjalan keluar dari sekolahnya. Langkahnya terhenti apabila sekeping kapal terbang kertas jatuh pada kakinya. Yoshino mengutip kapal terbang kertas itu.

“Kapal terbang kertas? Ada tulisan pada kertas ni,” Yoshino membuka kertas tersebut.

“Yoshino! Itu alamat saya!” jerit Ayano yang berada di luar tingkap kelasnya.

“Awak buat ni jadi saya tidak dapat menolak untuk menulis poskad pada awak?” soal Yoshino.

“Saya tak inginkan apa-apa dari awaklah!” tengking Ayano.

‘Masih mencari gaduh dengan saya sampai hari terakhir saya,’ mengeluh Yoshino.

“Saya takkan berpindah dari alamat itu! Jadi!” Ayano mengenggam tangannya.

‘Saya sepatutnya berputus asa dari awal-awal lagi, tetapi awak,’

“Awak mesti datang cari saya suatu hari nanti!” merah muka Ayano apabila meluahkan perasaannya.

“Ayano, saya tidak tahu sama ada ‘suatu hari nanti’ tu bila. Bukankah awak akan kahwin juga?” tanya Yoshino, agak terkejut dengan luahan Ayano.

“Adakah awak akan mengambil masa yang lama? Awak mesti tunaikan janji awak! Tch! Baiklah. Kalau begitu, awak kena jadi suami saya,” air mata Ayano mula mengalir.

“Suami? Hahaha. Wow. Ini sudah melampau!” geli hati Yoshino.

‘Adakah ini persahabatan? Tidak, jadi…,’

“Nampaknya, saya tidak seharusnya berputus asa, kan?” kata Yoshino bersendirian sambil memegang kapal terbang kertas tersebut ke udara.


******************

Beberapa tahun kemudian,

“Emm..Oh..,” Yoshino sedang berlatih suaranya.

Gementarnya saya. Sudah berapa tahun berlalu ye? Apa yang patut saya katakan bila berjumpa dengan dia?’ fikir Yoshino, sedang berjalan di pejalan kaki.

“Oh? Alamak!” Yoshino ternampak seorang wanita sedang mengambil buah epalnya yang terjatuh di jalan raya.

Sebuah kereta meluru ke arahnya. Yoshino terus menarik wanita itu ke pejalan kaki.

“Nah, ini puan punya. Ia sangat bahaya jadi sila berhati-hati,” senyum Yoshino.

“Oh, terima kasih,” selepas mengucapkan selamat tinggal, wanita itu pulang ke rumahnya.

“Saya sudah pulang,” kata wanita yang sarat mengandung itu.

“Selamat pulang. Oh? Awak keluar ke, Ayano sayang?” tanya suami wanita itu.

“Saya baik-baik saja. Saya rasa hari ni hari bahagia saya. Tadi, ada seorang lelaki muda menyelamatkan saya. Lagipun, mukanya macam kekasih pertama saya,” gembira Ayano.

“Adakah awak masih kata kekasih pertama awak lagi? Jika awak berjumpa dengan dia semula, jangan curang pula dengan saya,” mengeluh suaminya.

“Jangan risaulah, abang. Saya akan tunjukkan pada dia yang masih belum berjumpa dengan saya selepas lebih 10 tahun saya mencintainya,” semangat Ayano sambil membuka tingkap rumahnya.

“Apa-apa jelah,” malas suaminya hendak layan isterinya.

‘Tetapi, dia masih orang yang saya sayang,’ bisik Ayano dalam hatinya.


**********************************

Yoshino membuka kertas yang mengandungi alamat Ayano.

“Sudah 2 tahun berlalu. Beranikan diri awak, Yoshino,” kata Yoshino bersendirian.

‘Mesti dia akan gelak jika saya melamar dia. Baiklah. Saya perlu bertukar bas sebanyak dua kali untuk sampai ke destinasi,’ fikir Yoshino sambil melihat peta laluan bas.

‘Eh? Klip rambut tu. Tidak silap saya, dia pun memakai klip rambut bunga juga,’ Yoshino tersenyum mengingati wajah gadis yang dirinduinya apabila ternampak seorang kanak-kanak sedang berlari anak.

Mata Yoshino terbeliak apabila ternampak kanak-kanak itu berlari ke jalan raya di mana sebuah van sedang meluru ke arahnya. Yoshino terus menyelamat kanak-kanak itu namun dia pula yang dilanggar. Tubuh Yoshino terbaring di atas jalan raya berlumuran darah.

‘Awak tahu, Ayano. Saya ada sesuatu nak beritahu awak. Saya sangat suka melihat awak ketawa,’


******************************

“Ye, saya sangat cemas. Tetapi, akhirnya, saya tidak dapat beritahu awak apa-apa,” kata Yoshino yang berdiri di sebuah pokok bersebelahan dengan rumah Ayano.

Yoshino melihat Ayano sedang ketawa dengan suaminya.

“Tetapi, tidak mengapa. Tidak lama kemudian, kita akan bertemu semula,” kata Yoshino sambil menerbangkan kapal terbang kertas itu.


Yoshino hilang menjadi cahaya, menuju ke perut Ayano. Ayano mengusap perutnya sambil tersenyum.






ULASAN CERITA INI

Cerita ini mengisahkan seorang pelajar lelaki yang bernama Yoshino berjanji dengan rakan baiknya, Ayano untuk berjumpa dengannya suatu hari nanti.

Selepas 2 tahun berlalu, Yoshino berasa gementar untuk bertemu semula dengan Ayano. Semasa dalam perjalanannya, Yoshino menyelamatkan seorang kanak-kanak yang menyerupai dengan rakan baiknya daripada dilanggar oleh sebuah van. Namun, dia pula yang dilanggar dan mati di tempat kejadian.

Selepas beberapa tahun berlalu, Yoshino masih gementar untuk bertemu dengan Ayano. Yoshino terkejut melihat Ayano yang sarat mengandung hampir dilanggar oleh sebuah lori dan berjaya menyelamatkannya.

Namun, Yoshino masih tidak berani untuk meluahkan apa yang ingin diberitahu pada Ayano. Sangkaannya, Ayano sudah melupakannya namun Ayano masih mengingatinya dan sentiasa mencintainya walaupun sudah lebih 10 tahun berlalu.

Roh Yoshino berasa gembira kerana melihat Ayano bahagia bersama dengan suami dan bakal anaknya. Selepas itu, roh tersebut menjadi cahaya menuju ke perut Ayano.





-THE END-



* fnz tahu cerita ini sedih dan tragis tetapi kerana kedua-dua watak ini akhirnya tersenyum di pengakhiran cerita, fnz suka cerita ini walaupun air mata fnz masih mengalir.

*Karya pendek fnz

*Idea asal hak milik sepenuhnya oleh pemilik asal (Ike Junko)

*Ubah suai mengikut kesesuaian ^_^

Friday, October 12, 2018

Siapa UstazDin?

Siapa UstazDin?


Zainuddin Hj Karman 

- dikenali dengan nama ustazdin melibatkan diri dalam pengurusan jenazah lebih 20 tahun..

- sedar tak sedar di Kota Damansara ini antara gelanggang beliau


  • Mantan Penal Pengurusan Jenazah Bhg Dakwah JAIS
  • Penal Pengurus Jenazah Darul Jenazah
  • Moderator Pengurusan Jenazah Persatuan Sukarelawan Islam Hospital Selangor (Sahabat Hospital)


Mengendalikan Kursus-Kursus Jenazah (teori & praktikal) di Masjid-masjid, Surau-surau, Pusat-pusat Tahfiz, Sekolah-sekolah, Persatuan-persatuan seperti Persatuan Seniman, Persatuan Alumni Pelajar, Persatuan Badan Khairat Kematian, Persatuan Panitia Ehwal Islam Kolej Kerajaan & Swasta.

- ada menerbitkan 3 buku berkaitan jenazah dan 8 buku islamik termasuk Nota Fardu Ain meliputi 9 silibus fiqh yang digunakan di 4 Pusat Tahfiz.. Wallahualam



Program Beliau Hujung Tahun 2018

11/10/2018 -
Kursus Jenazah Masjid Subang Perdana

21/10/2018 -
Kursus Jenazah Kolej Intec Shah Alam

02/11/2018 -
Kursus Jenazah Sk Setia Alam

11/11/2018 -
Kursus Jenazah Surau Hijrah, Seksyen 8

14/11/2018 -
Kursus Jenazah Sk Puncak Perdana

05/12/2018 -
Kursus Jenazah Tahfiz MTAQ Kayangan Heights

23/12/2018 -
Kursus Jenazah Masjid Padang Jawa

Sunday, October 7, 2018

CERPEN : INNOCENT BRIDE

CERPEN : INNOCENT BRIDE


SINOPSIS

Seorang gadis sekolah menengah kebangsaan akan menjadi ... tunang kepada seorang anak lelaki keluarga bangsawan?!



BAB 1

“Aku terima nikahnya, Siti Saralina binti Samsudin dengan mas kahwinnya, seribu ringgit tunai,”

“Sara, Sara!” Sara, gadis yang lengkap memakai gaun pengantin menoleh ke arah ibunya.

“Boleh pula kamu termenung jauh. Pergi masuk bilik sekarang. Solat syukur sebelum upacara membatalkan air wuduk,”

“Baik, ibu,” Sara mula berdiri lalu masuk ke dalam bilik ibunya, berdekatan dengan majlis akad tersebut.

Sara mengunci pintu bilik. Dia terus ke arah tingkap bilik itu. Pandangan teralih ke arah tanah.

“Saya harap saya selamat mendarat,”

Tanpa membuang masa, Sara memanjat tingkap dan bersedia untuk melompat. Sara berjaya mendarat ke tingkat satu. Sara mendongakkan kepala ke bilik tingkat 2 yang baru sahaja dia menghuni situ.

“Maafkan saya, ibu, ayah. Saya tidak sanggup berkahwin dengan lelaki tua tu,” nekad Sara lalu terus berlari masuk ke bilik yang tidak berpenghuni itu.


Suasana menjadi kucar-kacir di tingkat satu.

“Hah hah,” tercunggap-cunggap Sara berlari.

“Eh? Itukan? Puan Sara! Tunggu dulu!” beberapa orang gaji perempuan dan lelaki cuba mengejar Sara.

Sara berlari ke beranda sambil menjerit ke arah orang gaji yang mengejarnya.

“Siapa yang akan tunggu, hah?!”

Sara memanjat pagar beranda. Niatnya untuk ke bilik sebelahnya.

“Waah! Puan Sara!”

“Tolong turun sekarang, Puan Sara! Bahaya!”

Jeritan orang gaji tersebut tidak dipedulikannya.

‘Saya baru sahaja berumur 18 tahun. Sepanjang saya hidup 18 tahun ini, saya tidak pernah ada boyfriend dan kenyataan ini tidak sepatutnya diubah. Tetapi, ibu dan ayah telah membuat keputusan untuk mengahwinkan saya dengan seseorang untuk melangsaikan hutang mereka!’

Sara meluahkan perasaan di dalam hatinya. Dia teringat kata-kata ayahnya semalam.

‘Sara, Sara akan kahwin dengan pengerusi syarikat The Pearl, Encik Rusli Ahmad. Sara akan jadi kaya-raya selepas ini,’ kata ayahnya dengan penuh semangat.

‘Saya tak nak jadi kaya-raya ayah,’ bantah Sara.

Namun, ayahnya tidak menghiraukan pandangan anaknya itu.

‘Saya tidak kisah pasal Encik Rusli tu mahupun menjadi kaya! Saya hanya mahu hidup yang dipenuhi dengan cinta sejati dan bukannya kahwin dengan lelaki tua yang miang! Takkan!’

Sara mula mendekati beranda pada bilik sebelah.

‘Aduh. Tangan saya sudah mula berpeluh,’ merungut Sara dalam hatinya.

Ketika tangannya cuba mencapai tiang ke beranda sebelah, tiba-tiba kakinya hilang keseimbangan menyebabkannya terjatuh.

“Whaa!!” menjerit Sara.

“Sup!” seorang jejaka sempat menyambut Sara sebelum Sara terjatuh ke atas tanah.

Sara yang memejamkan matanya, membuka matanya perlahan dan menoleh ke arah orang yang menyelamatkannya. Pegangan jejaka tersebut yang mendukung Sara tidak dilepaskan.

“Allah. Tak sangka isteri saya ni sangat degil orangnya,” kata jejaka itu sambil tersenyum.

Tetamu yang berada di beranda tingkat satu dan tingkat dua menepuk tangan masing-masing.

“Tengok! Bukakah itu tuan muda kita?”

“Tuan muda berjaya menangkap pengantin perempuan!”

Sara memandang wajah jejaka yang lengkap berbaju melayu, bersampin dan bersongkok hitam itu. Warna bajunya sepadan dengan warna gaun Sara, warna pic.

“Ini ke…Encik Rusli Ahmad tu? Kenapa dia macam bukan orang yang saya fikirkan selama ini?”
berbisik Sara di dalam hatinya.

“Hah! Hei! Lepaskan saya! Turunkan saya sekarang! Awak nak bawa saya pergi ke mana ni?!” 

Sara mula meninggikan suaranya apabila jejaka itu mula berjalan sambil mendukung Sara menuju ke sebuah kereta mercedes benz berwarna merah.

“Lebih baik awak dengar cakap saya ataupun awak nak malukan kedua ibu bapa awak,” terhenti pergelutan Sara apabila melihat wajah ibu dan ayahnya dari jauh.



BAB 2

Di kediaman Rusli,

“Ya Allah! Besar sungguh rumah ni. Ini bukan rumah. Dah macam istana pun ada,” mengeluh Sara yang duduk di penjuru katil.

“Penat sungguh hari ni,” tambahnya lagi sambil memandang baju tidur pada badannya.

“Klak,” bunyi pintu bilik di tutup. Tersentak Sara.

“Sudah masanya untuk tidur,” lembut suara Rusli.

‘Tidur? Adakah ini bermakna…?’

Sara terus berdiri dan berjalan ke pintu.

“Sa..saya tidur kat luar saja,”

“Apa? Apa yang awak katakan ni?” Rusli memegang bahu Sara.

“Jangan sentuh saya!” Sara membaling bantal yang dipeluknya ke arah wajah Rusli.

“Sa..saya takkan jadi isteri awak!”

Rusli memandang wajah isterinya yang hampir menangis ketakutan itu. Tangan kanannya diangkat mendekati kepala Sara.

“Haaaaa!” Sara memejamkan matanya dengan erat.

Sara terasa kepalanya diusap lalu dia membuka matanya.

“Jangan risau. Saya takkan sentuh awak kerana apa yang saya inginkan ialah hati awak,”

‘Hah?’ terkejut Sara.

Rusli membuka pintu bilik.

“Saya akan tidur di bilik yang lain. Selamat malam,” lalu dia menutup pintu tersebut.

Sara memegang kepalanya yang diusap tadi.

“Apa maksudnya tadi? Dia serius ke? Encik Rusli Ahmad. Saya memang tak faham awak?!”


BAB 3

Pada keesokkan paginya,

“Apa?! Saya akan tukar sekolah?!”

“Ye, puan. Semua pertukaran puan telah diuruskan. Ini baju seragam sekolah tersebut,” kata orang gaji Sara.

“Saya tak nak tukar! Saya masih belum mengucapkan selamat tinggal pada kawan-kawan saya lagi,” bantah Sara.

“Tapi puan, ini adalah arahan tuan muda,” ujar orang gajinya itu.


Di luar rumah, seorang orang gaji sedang membuka pintu kereta di bahagian penumpang belakang manakala orang gaji yang lain menunduk ke arah Rusli.

“Have a nice day, tuan muda,” serentak orang gajinya itu.

“Encik Rusli Ahmad!” kedengaran namanya dipanggil lalu pandangannya di toleh ke arah bilik tingkat satu di mana tingkat terbuka luas.

“Awak sangat tidak berperikemanusiaan!” jerit Sara dengan kaki kirinya berada di atas tingkap itu.

“Pu..puan…bawa bertenang,” orang gajinya sedang cuba menenangkan Sara.

“Saya akan ingat sampai bila-bila!” Sara masih menjerit pada Rusli.

“Puan, tolong tutup tingkap tu,” risau orang gajinya itu.

“Puan..nampaknya dalam keadaan yang sangat baik, kan?” kata seorang lelaki tua yang berdiri di sebelah Rusli. Rusli hanya mampu senyum.


Di sekolah swasta Sara,

‘Waah! Cantiknya sekolah ini,’ puji Sara sambil menoleh ke kiri dan kanan ketika duduk di tempat duduknya.

“Gembira dapat berkenalan dengan awak, Sara,” beberapa rakan sekelasnya menegur Sara.

“Ah..gembira juga dapat berkenalan dengan kalian juga,” senyum Sara.

“Nama saya Syuhada,”

“Saya pula Nadiah,”

‘Macam orang berada je mereka ni. Ini bukan tempat saya,’ luah Sara dalam hatinya.

“Sara, saya sangat cemburu kerana awak kahwin dengan Encik Rusli,” kata Syuhada.

“Apa? Macam mana awak tahu?” terkejut Sara.

“Berita tentang kalian ada pada surat khabar pagi ni,” kata Syuhada sambil memberi surat khabar kepada Sara.

‘Whaaa! Besarnya gambar kahwin semalam!!’ terkejut Sara.

“Jadi, tiada sesiapa yang tidak kenal awak, Sara,” ujar Nadiah.

“Encik Rusli Ahmad ialah pengerusi salah satu syarikat terbesar di Malaysia. Walaupun pada usia yang muda, beliau mempunyai ramai musuh. Oleh itu, awak seharusnya berhati-hati, Sara,” sambung Syuhada.

‘Musuh…?!’ Sara mula mengigil ketakutan.

“Tapi, awak jangan risau. Sekolah ini selamat. Pengawal-pengawal di sini ada untuk melindungi kita semua,” kata Nadiah pula.

‘Oh..baru saya faham kenapa dia tukarkan sekolah saya. Dia nak lidungi saya rupanya,’

Sara teringat peristiwa pagi tadi di mana di menuduh suaminya tidak berperikemanusiaan.

“Awak ada masalah ke, Sara?” pelik Syuhada apabila Sara mendiamkan dirinya.



BAB 4

Pada malam itu, Rusli pulang ke kediamannya.

“Saya sudah pulang,” kepenatan Rusli semasa melangkah masuk ke rumahnya.

“Selamat pulang, tuan muda,” ucap seorang orang gajinya.

“Apa yang bising-bising tu?” pelik Rusli apabila terdengar bunyi bising dari dapur.

“Err…sebenarnya…,” teragak-agak orang gaji itu hendak menjawab.



Di dapur,

“Puan! Itu gula, bukannya garam!” tegur salah seorang chef rumah itu.

“Apa? Tak mungkin!” terkejut Sara.

“Puan! Ia hangus lagi…!” risau chef perempuan rumah itu.

Sara yang serius masih terus memasak telur goreng.

“Puan! Kari ni dah menggelegak!”

Rusli terkejut melihat situasi di dapur itu.

“Puan kata puan hendak memasak makanan malam,” orang gaji itu memegang kepalanya sambil mengeluh. Senyuman terukir di bibir Rusli.

“Boleh saya masuk?” Rusli mendekati Sara. “Hah? Awak dah pulang?” terkejut Sara.



Di meja makan, makanan yang dimasak Sara kelihatan tidak bermaya dan hancur.

“Baiklah. Saya harap sesuatu yang lebih baik dari ini pada masa akan datang,” senyum Rusli apabila melihat wajah Sara yang muram.

“Apa maksud awak ‘pada masa akan datang’? Hari ni saya masak!” bantah Sara.

“Saya fikir awak hendak mulakan tugasan awak sebagai seorang isteri…,”

“Tidak sama sekali!” Sara memotong percakapan Rusli.

“Jadi, kenapa awak masak?” pelik Rusli.

“Err…sebab pagi tadi saya cakap sesuatu yang teruk pada awak. Awak tukarkan sekolah saya sebab awak risaukan saya, kan?” muka Sara mula merah.

“Jangan risau. Apa yang awak cakap itu betul. Awak mesti tidak selesa di sekolah baru dan semuanya salah saya. Saya minta maaf,”

“Hah..? Emm..ye..semua ni sangat sukar bagi saya,” jujur Sara.

“Maafkan saya. Esok, ada majlis sempena ulang tahun ke 100 syarikat. Boleh awak datang dengan saya?”

“Majlis?!” tersentak Sara.

“Saya pun tidak suka majlis seperti itu. Sebab itu saya akan lebih gembira jika awak dapat hadir sama,”

“Haah..?” makin merah muka Sara.

“Fikirkanlah,” Rusli sudah selesai makan mula beredar dari meja makan.


BAB 5

Sara mendekati orang gajinya yang sedang mengemas meja makan.

“Err..,”

“Kenapa, puan?” pelik orang gajinya apabila Sara memegang lengan bajunya.

“Apa yang patut saya pakai untuk pergi ke majlis?” tanya Sara dengan mukanya yang merah.



Pada hari kejadian,

“Tengok tu. Itulah Encik Rusli Ahmad!”

“Kacaknya dia! Dan sangat muda!”

“Tapi, kenapa saya tak nampak isteri dia?”

Kedengaran beberapa staf perempuan mula bergosip.

“Kenapa dia kahwin dengan perempuan yang ganas tu macam tu? Dia sepatutnya kahwin dengan anak perempuan yang juga orang bangsawan seperti kita,”

“Apa yang istimewa sangat dengan perempuan tu..?”

“Dia mesti tak datang malam ni,”

“Mestilah! Habis maruah Encik Rusli kalau dia ada!”



Di depan pintu majlis, orang gaji Sara membukakan pintu untuk Sara.

“Tuan muda sedang tunggu puan,” kata orang gajinya itu.

“Saya kurang selesa dengan gaun ni,” rimas Sara.

“Tidak mengapa. Untuk satu malam sahaja,” orang gaji itu menolak Sara perlahan ke pintu.

Sara berjalan mendekati Rusli yang rancak berborak dengan tetamu yang hadir. Rusli terpukau memandang Sara yang bergaun ungu lembut dengan mengenakan tudung yang dililit ke tepi. Tetamu yang lain turut terpegun melihat kecantikkan Sara.

“Ma..maaf saya lambat,” Rusli terus mengalihkan pandangannya.

“Ke..kenapa? Saya nampak pelik ke?” risau Sara.

“Bukan…Awak sangat cantik sehingga saya tergoda. Ia sangat sesuai dengan awak,”

“Ohh..Saya faham..,” merah muka Sara. Pandangannya teralih pada lantai.

“Good evening. Saya sedang mencari awak, pengerusi muda,” tegur seorang tetamu dengan nada yang menjengkelkan.

“Saya tidak setuju dengan perkahwinan korang sebenarnya,” sambungnya lagi.

“Apa awak cakap?!” Sara mula geram.

“Tidak mengapa, Sara. Awak tunggu saya di sana,” sepanjang berjalan ke tempat yang dimaksudkan oleh suaminya, Sara asyik memandang Rusli berbual dengan tetamu tersebut.



Di beranda,

“Kenapa dengan lelaki yang menjengkelkan tu?! Apa masalah dia sebenarnya?!” geram Sara.

“Dia seorang pengerusi sebuah syarikat, tapi syarikat dia hampir bankrupt,” tenang sahaja Rusli bercerita kepada isterinya yang sedang berdiri di sisinya.

“Jadi? Kenapa dia cakap macam tu pula tadi?!” Sara masih marah.

“Eee..Geram betul saya,”

Rusli memandang isterinya dengan wajah yang tersenyum.

“Awak memang masih tidak berubah lagi, Sara. Masih sama macam dulu,”

“Hah? Masih sama?” Pelik Sara dengan kata-kata suaminya.

“Semasa kita kecik-kecik dulu, kita berjumpa secara kebetulan. Masa tu, saya datang ke kilang bersama-sama dengan ayah saya,” Rusli mula bercerita.


“Rusli, suatu hari, syarikat ini akan menjadi milik kamu. Jadi, berhati-hati,” kata ayahnya.

“Baik, ayah,” serius muka Rusli.


Dalam perjalanan memeriksa kilang itu, seorang pekerja terlanggar Rusli.

“Maafkan saya,” namun Rusli tidak menghiraukan pekerja itu.

“Hei awak! Sepatutnya awak yang perlu meminta maaf apabila melanggar orang! Takkan perkara kecik itu pun awak tidak boleh buat?!” tengking Sara yang ketika itu berusia 5 tahun manakala Rusli berumur 10 tahun.

“Hei budak! Mana boleh cakap macam tu pada tuan muda…!” halang pekerja ayah Rusli.

“Jadi, sebab ayahnya berkuasa, dia pun fikir dia hebat sangat ke?!” Sara melawan kata-kata pekerja itu.

Tertusuk kata-kata Sara itu.


“Sa…saya masih budak-budak lagi masa tu..,” kata Sara selepas Rusli selesai bercerita.

“Tapi, apa yang dikatakan awak itu betul. Saya yang salah kerana menyangka semuanya sudah menjadi milik saya. Sejak itu, saya bekerja keras untuk mendapat syarikat dengan usaha saya sendiri. Bekerja sangat keras. Dan selepas itu, doa saya untuk berjumpa dengan awak suatu hari nanti menjadi kenyataan,”

“Hah?” Sara menoleh ke arah Rusli.

“Walaupun syarikat ayah awak bankrupt, tapi awak sangat tabah seperti dulu. Jujur saya katakan, walaupun segala usaha saya ini menjadi sia-sia, saya masih inginkan awak menjadi milik saya. Saya sentiasa sayangkan awak, Siti Saralina,”

Rusli memegang tudung Sara yang terjuntai sedikit. Muka Sara menjadi merah padam.

“Ah…,” Sara hilang kata-kata. 

Tiba-tiba seorang pelayan datang sambil membawa sedulang air kepada mereka berdua.

“Tuan dan puan inginkan minuman?” tanya pelayan itu dengan mesra.

“Boleh juga!” Sara yang gelabah terus mengambil segelas air.

“Sara, air tu..air gas,” tak sempat Rusli menghalang kerana air tersebut habis diteguk oleh Sara.

“Sara!” 

Sara terus rebah. Sebenarnya, Sara tidak boleh minum air bergas.


BAB 6

“Encik Rusli…sentiasa sayangkan saya? Dia cintakan saya?” wajah Rusli semakin mendekati wajah Sara.

“Whaaa!!” Sara terus terbangun dari tidurnya. Dia terduduk di atas katil sambil mengelap peluhnya.

“Mimpi…apa tadi tu?” Sara masih terkejut.

“Tapi, dari mana mimpi tu bermula?” fikir Sara sambil menoleh ke kanannya.

“Emm…selamat pagi, Sara,” terbeliak mata Sara apabila mendapati suaminya sedang terbaring berdekatan dengannya. Malah, dia hanya berpakaian baju malam jarang tanpa lengan.

“Ahhhh!” menjerit Sara. Dia terus mencapai comforter untuk menutup badannya.

“A..awak buat apa pada saya, hah?!” Badan Sara mula menjauhi Rusli.

“Saya tidak buat apa-apa pada awak. Saya hanya menanggalkan pakaian awak kerana saya risau gaun tu menyebabkan awak tidak selesa. Lepas tu, saya pakaian awak baju malam tu sebab saya nak awak tidur lena,” cemas Rusli.

“Betul? Awak tidak sentuh saya ketika saya pengsan? Tapi, awak mesti pernah fikir nak buat perkara tak baik, kan?” musykil Sara.

“Tak..tak semuanya,” merah muka Rusli menjawab pertanyaan Sara. Pandangan Rusli dialihkan.

‘Merahnya muka dia,’ terkejut Sara melihat wajah suaminya itu.

“Nampaknya, awak sangat sukakan saya ye?” geli hati Sara.

“Awak ni..,” Rusli menekup kedua-dua mukanya selepas ternampak senyuman lebar Sara.

“Kenapa..awak kecewa ke?” tanya Sara, mula mendekati suaminya.

“Bukan..tetapi sebaliknya. Awak ni sangat comel. Saya tak dapat nak tahan lagi. Boleh saya…cium awak?” tanya Rusli, mula mendekatkan wajahnya pada Sara.

“Hah?! Tapi awak kata..awak takkan buat apa-apa pada saya!” 

Sara meninggikan suaranya. Tangannya kuat menggenggam comforter.

“Kalau awak tidak suka, saya takkan buat apa-apa pada awak,”

Jarak wajah mereka semakin dekat.

‘Nan…nanti..,’ Sara memejamkan matanya.

Dahinya terasa hangat lalu matanya dibuka.

‘Eh? Dia kucup dahi saya?’ pelik Sara.

“Tok tok,” bunyi pintu diketuk. 

Tangan Rusli masih berada pada kedua-dua bahu Sara.

“Tuan muda, sudah tiba masanya untuk bergerak,” kedengaran suara orang gajinya di luar pintu bilik.

“Sudah masanya? Sayang, bersiap-siap ye,” kata Rusli apabila Sara kaku di situ.

“Ye! Sa..saya tahu,” teragak-agak Sara.


Sara mula bersiap-siap. Dia memandang suaminya dari tingkap bilik. Dahinya yang dikucup dipegangnya.

‘Kenapa..dia tak kucup..Saya mesti beritahu dia yang saya bencikan kucupan itu! Eh?” pandangan Sara teralih pada seseorang yang bersembunyi di sebalik tiang, berdekatan dengan suaminya.

“Lelaki itu..bukankah lelaki yang menjengkelkan semalam?” fikir Sara.

Terbeliak mata Sara apabila ternampak lelaki itu mengeluarkan pisau dari jaketnya.

‘Encik Rusli..mempunyai ramai musuh,’ Terngiang-ngiang perkataan itu dalam kepala Sara.


“Disebabkan kau, saya kehilangan syarikat saya!”

Lelaki itu meluru ke arah Rusli dengan mengarahkan pisau itu ke arah depan. 

Rusli menoleh ke lelaki itu dengan pandangan yang terkejut.

“Ahh! Puan!!” terdengar jeritan beberapa orang gaji perempuan.

“Panggil doktor!!”

Sara rebah pada pangkuan Rusli. Demi menyelamatkan suaminya, Sara terus menerpa suaminya menyebabkannya terkena tikaman. Muka Rusli menjadi pucat.

Orang gaji lelaki di situ terus menangkap lelaki menjengkelkan itu.


BAB 7

“Hmm,” Sara membuka matanya.

“Sayang,” Rusli yang berada di sisi Sara terus bersuara.

“A..awak?” pelik Sara melihat wajah Rusli yang gelisah itu.

“Abang bersyukur sangat luka sayang tidak dalam,”

Rusli memegang erat tangan kiri Sara.

‘Ah..baru saya ingat. Saya melindungi dia,’

“Maafkan abang sayang. Maafkan abang sampai sayang pula melindungi abang,” 

Rusli mendekatkan tangan Sara ke bibirnya.

Pantas Sara menarik tangannya dn menoleh ke arah bertentangan dengan Rusli.

“Kenapa, sayang? Sayang sakit lagi ke?” terdiri Rusli.

“Ja..jangan tengok muka saya,” Sara menekup mukanya.

‘Saya terus berlari ke arahnya tanpa berfikir panjang? Apa yang telah saya lakukan?’

“Ia sangat merumitkan. Sejak bila saya jatuh cinta pada suami sendiri,” perlahan suara  Sara namun dapat didengari Rusli dengan jelas.

Rusli menolehkan badan Sara semula dan menarik tangan Sara dari wajah Sara.

“Ja..jangan,” teragak-agak Sara.

“Jangan sembunyikan wajah sayang. Bagi abang tengok wajah sayang,” lembut suara Rusli.

Tangan Sara teralih. Matanya tepat memandang mata Rusli.

Merah muka Rusli melihat muka Sara yang malu itu.

“Adakah..sayang sudi menjadi isteri abang?” soal Rusli sambil mendekatkan wajahnya pada wajah Sara.

“Saya..sudi, abang,” perlahan suara Sara.

Bibir Rusli bertemu dengan bibir Sara. Dengan itu, Sara menjadi milik Encik Rusli Ahmad sepenuhnya.


- THE END -



*Idea asal milik sepenuhnya oleh penulis asal.
*Ubah suai mengikut kesesuaian ^_^