Cerpen Pahlawan Buntung
(S. Othman Kelantan)
(S. Othman Kelantan)
Sinopsis
Pertemuan
semula Khalid (aku) anak Pak Hassan dengan Pak Hussain selepas berpisah
selama 30 tahun mengimbas kembali peristiwa peperangan pada zaman Jepun
sehingga menyebabkan kesengsaraan hidup orang Kampung Pulau Pak Amat.
Hal ini menyebabkan mereka terpaksa berpindah apabila kampung mereka
diserang tentera Jepun. Sekembali semula dia di kampung halaman selepas
tamat perang, orang kampung kembali memulakan kehidupan sebagai nelayan.
Selepas itu, Pak Husain terkena serpihan bom tentera Jepun yang
mengakibatkan kaki kirinya dipotong. Walau bagaimanapun Pak Hussain dianggap
sebagai wira atau pahlawan kerana telah menggadai nyawa demi keselamatan
penduduk Kampung Pulau Pak Amat.
Tema
Bertemakan kesengsaraan
hidup akibat peperangan yang mengakibatkan
kecacatan anggota dan kematian.
Persoalan
1. Persoalan tentang kasih sayang yang terjalin antara ahli keluarga terutama semasa kesusahan hidup.
2. Persoalan tentang keberanian dan kecekalan dalam mempertahankan hak dan menentang musuh.
3. Persoalan tentang kerjasama anggota masyarakat dalam menghadapi kesulitan.
4. Persoalan tentang mengenang jasa tokoh yang telah berjasa.
5. Persoalan tentang berusaha membina semula kehidupan selepas kesengsaraan hidup.
6. Persoalan tentang hormat kepada warga tua atau warga emas.

Plot
Secara keseluruhannya plot cerpen ini mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu;
(i) Permulaan
Watak Pak Husain diperkenalkan melalui imbas kembali Khalid akibat peperangan yang telah berlaku berdasarkan fizikal.
(ii) Perkembangan
Dialog
antara Pak Husain dengan Khalid dan imbas kembali Khalid terhadap
peperangan yang menyebabkan keluarganya berpindah. Pada ketika itu Pak
Husain berusia 30 tahun dan dia telah membantu orang-orang kampung Pulau
Pak Amat yang diserang oleh tentera Jepun.
(iii) Konflik
Adik
beradik Khalid memeluk ibu mereka kerana perasaan takuat yang amat
sangat. Pak Husain hilang semasa mengetuai perpindahan orang-orang
kampung. Pak Husain ditahan askar Jepun untuk menggali kubur ketika
dalam perjalanan memeriksa barang-barang di rumahnya.
(iv) Klimaks
Sewaktu
Pak Husain melarikan diri dari tahanan askar Jepun dan semangat Pak
Husain hilang dan sentiasa meracau apabila teringat kembali tentang
mayat-mayat yang dikebumikannya. Ketika pendaratan perompak di kampung
Pak Amat, dia telah membedil para perompak dengan senapang yang diambil
dari askar Punjabi dan menyebabkan rumah Pak Ngah Isa terselamat
termasuklah penduduk kampung.
(v) Peleraian
Setahun
selepas Jepun menyerah kalah, Pak Husain terkena saki baki bom yang
ditanam dan mengakibatkan kaki Pak Husain dipotong. Khalid mengimbas
kembali segala peristiwa yang menimpa Pak Husain dan keberaniannya
menentang musuh serta berharap hubungannya dengan Pak Husain terus
terjalin.
Teknik Penceritaan
1. Pemerian
ketika kami melangkah ke pintu tadi, cahaya Subuh sudah terpancar dari sebelah timur. Kemerah-merahan. Keheningan malam selalunya masa begini telah membawa langkah para nelayan ke gigi ombak…

2. Dialog
“Jemputlah ke rumah kami, kataku. “ kami tinggal di Jalan ayam. Abang dan Adik kebetulan ada.”
“Terima kasih Khalid!” Pak Hussain menanamkan matanya ke dalam mataku.
Teknik Plot

3. Suspens
Dia jugalah mengumpulkan ke pengkalan. Dia segala-galanya. Dan dia tetinggal dalam saat akhir bila Pak Ngah memerintahkan kami meninggalkan pengkalan. Tidak seorang pun di antara kami yang sedar bahawa Pak Husain belum turun ke pengkalan. Dan ketika perahu kami melewati Tuk Lukup, Pulau Tukang Dolah, Pulau Panjang dan Sungai Gali, kami belum sedar akan kehilangan Pak Husain. Mak Bidah, isterinya juga tidak sedar. Dan sekarang. Mak Bidah pula meraung…

4. Imbas kembali
…usianya baru kira-kira tiga puluh tahun. Aku berusia lebih sedikit empat belas tahun. Pak Husain tegap sasa. Dia berani. Dia banyak dicintai oleh gadis-gadis kampungnya…

Latar
Latar Masa
30 tahun lalu (situasi perang)
Tahun 1941 – 1973
Semasa sambutan ulang tahun kemerdekaan
Semasa zaman penjajahan Jepun
Tahun 1941 – 1973
Semasa sambutan ulang tahun kemerdekaan
Semasa zaman penjajahan Jepun
Latar Tempat
Kampung Pulau Pak Amat
Kampung Tok Lukup
Sungai Gali
Kampung Dal
Jalan Bayam
Kampung Tok Lukup
Sungai Gali
Kampung Dal
Jalan Bayam
Latar Masyarakat
Masyarakat kampung iaitu Kampung Pulau Pak Amat
Masyarakat nelayan yang bekerja menangkap ikan
Masyarakat yang hormat menghormati sesama jiran tetangga
Masyarakat yang setiakawan dalam memberi pertolongan

Watak Utama
Pak Hussain Berusia 60 tahun
Dahinya berparut dan kaki kudung (terkena serpihan bom)
Berpakaian sederhana (keperibadian desa – suci murni)
Mengetuai orang kampung semasa peperangan dengan Jepun. Pak Hussain telah mengetuai penduduk kampung berpindah ketika Jepun menyerang

Kampong Pulau Pak Amat.
Berpengalaman dan pernah diseksa oleh tentera Jepun. Pak Hussain dipaksa menggali kubur besar dan menguburkan mayat orang kampung sehari suntuk oleh pihak Jepun sehingga semangat beliau hilang dan dia meracau – racau.
Berjasa kepada orang –orang kampong. Pak Hussain dengan berani telah memberitahu pihak jepun bahawa semua penduduk telah melarikan diri. Pak hussain juga pernah membedil kawanan perompak bagi menyelamatkan orang kampong.

Watak Sampingan
1. Khalid (aku)
Anak Pak Hasan
Menghormati pak Husain. Khalid bergitu mengagumi keberanian dan sikap Pak Hussain yang sanggup membohongi tentera Jepun untuk menyelamatkan penduduk kampong

2. Fatimah
Ibu Khalid
Seorang yang penyayang. Semua anak Fatimah memeluk ibu mereka kerana ketakutan apabila Jepun menyerang kampung mereka.

Gaya Bahasa
1. Kata ganda
Contoh: berjabu-jabu
Contoh: berjabu-jabu
2. Metafora
Contoh : gebar kebingungan
Contoh : gebar kebingungan
3. Hiperbola
Contoh : diselubungi oleh raksasa ketakutan dan putus asa

4. Personifikasi
Contoh : ombak pagi yang malas
Contoh : ombak pagi yang malas
Nilai
1. Nilai keberanian contohnya Pak Husain berani menghadapi tentera Jepun
2. Nilai kebijaksanaan, contohnya Pak Husain bijak menggunakan tipu daya untuk menyelamatkan diri daripada askar Jepun.
3. Nilai kasih sayang, contohnya Mak Da yang menangisi kehilangan Pak Husain ketika mereka berpindah.
4. Nilai patriotisme, contohnya Pak Husain yang sanggup menggadai nyawa untuk mempertahankan tanah air.

Pengajaran
1. Kita hendaklah berani mempertahankan hak di tanah air sendiri.
2. Kita hendaklah bijak memebuat keputusan bagi menyelesaikan masalah.
3. Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga dan jiran tetangga.
4. Kita hendaklah mematuhi arahan ketua semasa menjalankan sesuatu tugas.

No comments:
Post a Comment